Friday, July 13, 2012

Ramadhan Is Coming...

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.


Subhanallah wal Hamdulillah.
Pejam celik, pejam celik, kita sudah menghampiri bulan Ramadhan 1433Hijrah. Begitu cepat masa berlalu. Dan tahun ini, insyaallah kita dipertemukan lagi dengan sebuah bulan yang menjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya dengan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda apabila beramal didalamnya.


Ketibaan bulan Ramadhan ini, akan disambut oleh tiga golongan:


Golongan pertama.
Mereka adalah golongan yang merasa resah

Thursday, February 19, 2009

TEENGER TIED TO POLICE VEHICLE TO STOP HIS FRIENDS THROWING STONES


p/s: double klick kat gambar untuk paparan berita yang lebih jelas

Wednesday, February 4, 2009

SATU MUHASABAH KHAS UNTUK PENGGERAK MAHASISWA UKM

Meneruskan Momentum Tarbiyah di Fasa Kemenangan

Oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh



Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana Pro-Mahasiswa kembali mengambil-alih kembali tampuk kepimpinan MPMUM setelah sekian lama berada di bawah kepimpinan aspirasi.
Sebetulnya, Allah mahukan uni perdana ini kembali berseri dengan syiar-syiar Islam dan nilai-nilai murni keadilan, kebajikan dan kesejahteraan disamping perpaduan antara masyarakat kampus. Ia sedikit-sedikit mula bersinar cerah.



Hingga saat coretan ini ditulis, masih lagi terbayang-bayang di ingatan saya saat manis kemenangan diumumkan di Dewan Tunku Canselor (DTC) pada tanggal 19 Januari 2009. Ia sungguh sukar dilupakan.



Kejayaan adalah Hasil Kekuatan Tarbiyah Ahli Gerakan



Tidak dinafikan lagi, seluruh ahli gerakan berperanan dalam menerajui kemenangan ini. Bermula dari ketua jentera, calon-calon, kempen, yang mengecat banner, yang mengedarkan risalah kesedaran, yang menyampaikan dan mewar-warkan agenda perubahan kepada rakan-rakan lain, yang menulis artikel, yang menjaga keselamatan ahli-ahli, para bloggers, yang sentiasa mendoakan, yang menyumbangkan kewangan hinggalah kepada yang menyediakan makanan untuk para petugas.



Semua ini ada terpercik basahan keringat mereka dalam kemenangan ini. Justeru benarlah kata Imam Al-Banna : “tiadalah Islam itu melainkan dengan berjamaah” (berkumpulan dan berperanan satu sama lain).


Antara budaya kerja ahli-ahli gerakan kita, saya melihat kuatnya mereka ini bergantung kepada Allah. Kerja lebihan masa dan on-time atau on-job antara lain juga menjadi salah satu sikap kerja ahli gerakan khususnya di UM ini.


Dalam satu masa, kita nampak seorang ahli ini tekun menyampaikan kuliah maghrib di surau kolej kediaman, tetapi di waktu lain pula, dia juga aktif menampal poster serta mengedar risalah pendidikan dan kesedaran di fakulti-fakulti. Semua ini adalah hasil didikan atau tarbiyah yang diterima dan diasuh kepada ahli gerakan ini sehinggalah mereka mencapai tahap tersebut.



Secara asasnya, program usrah adalah mediumnya. Ia menjadi penjana mencetuskan rohani yang segar dan terdidik, melahirkan jiwa yang besar dan kuat, memandu akal dan pegangan kepada matlamat penciptaan sehingga membenihkan aqidah perjuangan yang jelas dan kukuh untuk mencapai matlamat meninggikan syiar Islam.



Kemenangan Membuka Ruang Luas Menyampaikan Idea Islam



Mengambil kesempatan yang terbuka ini, ahli gerakan perlu segera menempatkan diri di setiap sudut, ruang dan peluang yang ada untuk menyampaikan idea faham Islam. Kolej-kolej kediaman sudah semesti ditingkat aktifkan semula peranannya yang bukan sekadar hanya sebagai tempat istirehat semata.



Seingat saya, pada tahun 1982 ketika zaman Ust Muhammad Hussin memimpin PMIUM, antara gerakan yang berjaya merevolusi masyarakat kampus adalah ‘gerakan ledakan ubudiyyah’. Elemen yang meledakkan prihatin dan minat warga kampus khususnya mahasiswa yang dahagakan roh-roh untuk mengisi jiwa mereka. Para mahasiswinya berjinak-jinak mengenakan pakaian yang lebih sopan dengan bertudung dan sehingga hari ini ia menjadi trend dan pakaian generasi kini.



Apa Tunggu Lagi!


Dengan berbekal segala persiapan yang ada, tarbiyah mesti diteruskan. Malah mesti diperkasakan lagi. Semua ahli perlu difahamkan dengan situasi dan ancaman yang bakal mendatang kelak.


Strategi yang lebih strategik hendaklah disusun dengan rapi, khususnya memahami sistem tarbiyah dalam fasa kemenangan ini. Supaya kita mampu meninggalkan generasi-generasi yang kompeten untuk memimpin kampus menggantikan kita nanti.

(penulis merupakan Wakil Akademi Pengajian Islam merangkap Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Sesi 2008/2009)

Friday, January 23, 2009

SUATU PEMIKIRAN.......

Apabila.... kita menegur dan mengkritik bukan saja kita mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk positif atau negatif) dari pihak yang dikritik, tetapi juga kita mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang dilontarkan. Malah kita juga mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.


Ianya tidaklah bermakna hanya kita yang benar. Berkemungkinan besar kita salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali kita berbeza pendapat
dengan pihak lain, apa yang kita harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar.Inilah prinsip yang mesti kita 'genggam' bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Ilahi!!

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin. Namun begitu, selamanya kita tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang kita tidak bersetuju dengannya.

Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan. Lantaran itu, sebagaimana kita mesti tabah, terbuka dan berhati–hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, kita juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau maruah diri.

Kita percaya jika yang dikritik itu berkelayakan, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen–elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa. Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang MAHASISWA atau golongan intelek.


الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنةأولئك الذين هدا هم الله و أولئك هم أولوا الألباب"
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah az-Zumar, Ayat 18)

Sikap tidak menghormati hujah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin 'teruja' dengan pencapaian ilmunya atau anugerah keintelektualannya.


Soalnya, apakah hujah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiyyah sedang hujah dari pihak lain dinilai picisan biar pun sarat dengan hujah dan dalil? Di sini suka kiranya kita melihat semula pendekatan para sarjana agung dalam sejarah peradaban Islam. (sebagai contoh)Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu–isu yang tidak menjejaskan aqidah.

Ilmu dan tawadhu' (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut disamping mereka mengetengahkan adab–adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti. Lihat sahaja bagaimana imam–imam mazhab mengendalikan khilaf di kalangan mereka. Biar pun mereka menafikan sekeras–kerasnya hujah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;


كانَ أفْقَهُ النَّاسُ فِىْ كِتابِ اللهِ وَ سُنَّةِ رَسُوْلِهِ"


Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya."Lihat: Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. Halaman 312, karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari.Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;

ما عرفتُ ناسِخَ اْلحَدِيْثِ مِنْ مَنْسُوْخِهِ حَتَّى جَالَسْتُ الشَّافِعِى"


Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii".Lihat: Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. Halaman 312, karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari.


Mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketaqwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain. Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Kita akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghala ke arah khilaf. Perbezaan pemikiran dan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method, jurang usia, suasana , perbezaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.



Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik. Begitulah juga dalam konteks kita sebagai pemimpin dan aktivis MAHASISWA ataupun seorang MAHASISWA di menara gading...salah faham adalah lumrah tetapi yang penting bagaimana kita menjernihkan keadaan dan saling berlapang dada.... =)

SATU PERINGATAN! cuba bayangkan........

Ingin berkongsi satu forwarded emel. Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yg baik untuk kita yang sentiasa berada di 'ZON SELESA'..Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sebagai peringatan kedua,ketiga atau keempat.


Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserangoleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…."Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelahia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.


Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.


Jadi,untuk sejenak cuba kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar sepertinegara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir) AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullahterlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.


Menghantar kapalselam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tenterauntuk menyerang malaysia …AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakansekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara danPILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburupengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.


Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffartetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan adaPengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia adaPengganas Jemaah Islamiah.Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapisuara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.


Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing.Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri,menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya..


Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yangdijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah UmarAl-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid…Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapanberdepan musuh-musuh Islam.SAAT Peperangan bermula….Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikutinegeri-negeri lain.


AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluruberpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua…perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur .


Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO…diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negerisembilan dapat ditawan tentera musuh.Anda di berada di Kedah….


Pasukan Darat tentera Bersekutu mara daribahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…menendang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia…muncung senapang ditujukan di kepala anda…Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2008…diajukan muncung senapang…DUMMMMMM!!!!!!!


Anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak didepan mata…..Anda menangis ketakutan….Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.


Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riukberlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masihpanjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampirandisebuah bukit untuk menyembunyikan diri….Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum initidak pernah terlintas dengan peperangan.


Kita sering disogokkannegara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tibahari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkandiri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…Anak kecil ditembak didepan mata…Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..dan tidak kurang juga yang cedera parahh..


Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dankanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yangjadi mangsa…


Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…BANTUAN ALLAH….BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…


ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUANKETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGANANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDAMENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANGLAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……


Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia " (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)


"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepastamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )"Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur…kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)


"Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil PendudukIslam Selatan Thailand )"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…


APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA?? fikir-fikirkan. ....jangan letakkan diri kita dalam zon selesa...peringatan untuk semua termasuk diri saya juga..

Tuesday, January 13, 2009

MENTALITI yang menjadi REALITI...

''AKU TIDAK PEDULI''

sumber:http://naizsalam.blogspot.com


''BELAJAR sambil MENCABAR,Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin..Biarlah mahasiswa MENCABAR asalkan sambil itu mereka BELAJAR..''Prof.Ungku A.Aziz


Telinga MAHASISWA Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu..tidak lagi sehebat generasi dulu yang pantang di CABAR, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara Mahasiswa dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan...kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang..jadi siapakah yang perlu dipersalahkan?adakah tangan yang menulis?adakah mata-mata yang membaca dan adakan telinga yang mendengar?pihak manakah yang perlu dipersalahkan?ANDA ada JAWAPANNYA..


Dan kini mahasiswa di universiti kian diserang satu virus mentaliti yang menjadi realiti di saat ini..yang memelikkan virus ini seakan sabut di sungai,ada masanya ia timbul dan ada masanya ia tenggelam..di kala PILHANRAYA menjelma virus itu menyerang kembali...dan di saat ambang pilihan raya kian menjelma virus ini semakin menular di kalangan golongan yang bernama golongan mahasiswa itu sendiri...walaupun penyakit AKU TIDAK PEDULI ini tidak memberi kesan hebat dari segi biologinya..tetapi realiti dan psikologinya dan secara PRAKTIKALNYA telah membuktikan ianya satu penyakit yang MERBAHAYA...


Penyakit ini telah menyerang MAHASISWA dan menghasilkan mentaliti rumit yang timbul di dalam minda dan tindakan manusia akibat cetusan sifat negatif yang menguasai diri...jka Islam menganjurkan sikap saling bekerjasama, mengambil berat di antara satu sama lain, memelihara tanggungjawab sosial dan mempunyai semangat kekitaan, maka penyakit AKU TIDAK PEDULI ini adalah lawan kepada semua itu...


Pepatah Rom pernah menyebut ‘permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri’


Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya...manusia yang liat, lambat memberikan tindak balas dan pasif mengemukakan tindakan, adalah cabaran besar kepada memulakan sesuatu tugas...apatah lagi, jika yang diusahakan itu adalah PEMBAHARUAN..

Menerima sesuatu yang baru adalah dilema bagi manusia yang ditimpa penyakit virus ini...
Bagi pendapat penulis sendiri penyakit ini amat MERBAHAYA yang menolak bentuk manusia berfikir, dan menjurus manusia ke dalam keadaan yang bagaikan itu MAYAT HIDUP...dan akhirnya boleh ke arah mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan dan tidak memerlukan manusia berbakti...keadaan ini amatlah meRUGIkan..dan ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri.... Golongan ini boleh menjurus manusia ke arah menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, seakan mereka TIDUR di dalam jaga dan MATI semasa hidup..

Adalah sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan MAHASISWA ini terus tenggelam di dalam dunia mentaliti TIDAK PEDULI ..mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan, berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan...Tidak bergerak sebagai pembela masyarakat, tetapi mereka telah berubah menjadi BEBAN...alangkah ruginya golongan ini...

Sering penulis mencongak dan cuba membedah masalah golongan ini...dan soalan yang menjadi tanda tanya ialah:


Di mana silapnya?

Siapa yang harus dipersalahkan?

Apa yang perlu dilakukan?

Bagaimana mahu membenteras mentaliti jumud ini?

Dari kaca mata penulis sendiri..kemerosotan penghayatan Islam di kalangan siswazah itu sendiri MENJADI puncanya... setelah kita bersetuju bahawa seluruh ajaran Islam adalah bertentangan dengan penyakit AKU TIDAK PEDULI, maka kita perlu akur bahawa, kegagalan menghayati Islam adalah titik tolak kepada segala permasalahan...bukan ingin mengatakan golongan mentaliti ini kurang ilmunya dan kurang agamanya..tetapi ia adalah kurang dari KONTEKS PENGHAYATAN ITU sendiri...

Islam bukannya agama warisan tetapi ianya agama PILIHAN...yang mampu membentuk manusia yang bernama insan lemah itu ke arah kematangan...kita dapat lihat dengan mentaliti JUMUD ini akan lahirnya generasi keanak-anakan dan tidak matang di dalam menjana kehidupan.Apatah lagi dalam soal PERTIMBANGAN DAN PEMILIHAN..golongan ini hanya suka mengaut apa yang apa di hadapan mata dan jua yang paling merugikan ia tidak suka mengambil risiko sebagai salah satu cara untuk mematangkan diri...

mentaliti mungkin berpunca daripada kecenderung MAHASISWA yang tidak minat untuk mengikuti perkembangan semasa,kurang mengkaji dan meneliti masalah di dalam negara dan apatah lagi isu global yang berlaku dengan usaha sendiri dan berasa kekurangan pada diri yang tidak meng’up-to-date‘kan perkembangan isu semasa..ia boleh menjadi kemungkinan bukan?

Dan dari kacamata seorang mahasiswa itu sendiri..pengabaian aspek ini dalam kehidupan mahasiswa, boleh menghasilkan KULAT didalam golongan MAHASISWA dari sudut amnya..apabila MAHASISWA itu tidak mampu memahami isu semasa dengan baik, mereka dengan sendirinya tidak akan mencetuskan apa-apa sumbangan dan apatah lagi tindak balas yang positif...ia tidak membawa KEUNTUNGAN lansung...dan pastinya golongan ini akan menjadi golongan yang JUMUD..bayangkan pula kesannya terhadap masa depan negara.?

Keadaan HIDUP SELESA juga elemen yang PENTING dimana ia akan melahirkan generasi manusia global yang alpa, tidak pandai bersyukur dan kabur matlamat hidup. Lantas mahasiswa yang mempunyai mentaliti ini MENJADI sebahagian daripada golongan ini...

Kita khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan maslahah. ..lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok mahasiswa Muslim..takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:

“Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” (Surah Al-Hajj 22 : 11)



SIAPAKAH YANG SILAP?APA TANGGUNGJAWAB ANDA SELEPAS INI?RENUNG-RENUNGKANLAH ...DAN SELAMAT BERPILIHANRAYA dan UNDILAH CALON PILIHAN ANDA!!!

Sunday, January 11, 2009

PEMILIHAN dan perTIMBANGAN...menjadi tanda tanya...





sumber dari:http://naizsalam.blogspot.com



WAHAI ORG YG BERSELIMUT!BANGUNLAH,LALU BERILAH PERINGATAN!DAN AGUNGKANLAH TUHANMU..Surah al-muddathir..

Bahang pilihanraya kian menyengat rasanya...banner-banner mempromote calon-calon telah tersergam indah dan menjadi pelengkap di segenap pandangan mahasiswa yg HIDUP..Bila diteliti beberapa ayat dalam surah al-muddathir,ingin penulis berkongsi sesuatu pada kali ini besempena dengan pilihanraya..pilihanraya jika di teliti perkataan PILIHANRAYA itu berkisar dan berkait rapat dengan soal pilihan serta pertimbangan..ianya amatlah penting agar matlamat pilihanraya itu tidaklah terpesong dari landasannya..Dalam cerita pilihanraya,akan terdapat kisah manusia itu bergelut dengan konflik pengundian itu sendiri...pelbagai persoalan akan timbul..

Siapakah yang akan aku pilih kali ini?

Calon ini leh wat keje ke?

Calon ini bukan ke dah terlebih jawatan,kenapa perlu lagi msuk PRK?

Waduh...payah benar ingin aku buat keputusan...

Pengundian ini mempunyai nilainya dalam agama... pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara,dan jua masa depan MAHASISWA itu sendiri dalam konteks level universiti itu sendiri...jika dalam DIMENSI SEORANG MAHASISWA,keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan mahasiswa dan jua universiti itu..sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan mahasiswa ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan.


Justeru itu Allah berfirman Surah an-Nisa’ ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”.




Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini...

Dan juga anggapan yang menyatakan undian itu mempunyai nilai dosa dan pahala boleh diterima...ini kerana sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan MAHASISWA tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala...


Sabda Nabi s.a.w “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian, lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dalam Muwata`).




Seseorang mestilah dipilih merujuk kepada KUALITI calon...penulis tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata...ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan MAHASISWA..terlalu sempit dan tidak mengembang..akhirnya, pelajar menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya...jika semua pelajar berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon...ini boleh menyebabkan SI BODOH atau PERASUAH atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud...


Bagi penulis sendiri sikap seseorang yang beragama ialah bebas dari fanatik atau taklid buta tanpa menggunakan akal....gama menyuruh kita berFIKIR... sebab itu seperti mana yang kita tahu bahawa Nabi s.a.w sayangkan Abu Zar r.a. seorang sahabat baginda yang begitu soleh. Namun apabila Abu Zar meminta jawatan, baginda bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku...maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. (Riwayat Muslim).


Jika berdasarkan kepada hubungan baik dengan Nabi s.a.w, maka Abu Zar patut dilantik. Namun dalam pemberian jawatan tidak ada soal KRONI, atau FANATIK hubungan kumpulan, sebaliknya SOAL KELAYAKAN....

Dan manusia yang mempunyai KELAYAKAN itu, mesti memiliki dua aspek....


Seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26).

Maka pertama; AL-QUWWAH atau kuat, dalam bahasa kita kemampuan, kewibawaan, kemahiran yang menjadikan dia mampu memimpin...

Kedua: AL-AMANAH,ada kesolehan peribadi yang akan memelihara dirinya dari melakukan penyelewengan dan pelanggaran hukum. Jika kedua-dua ciri ini kelihatan pada penampilan calon, dia patut kita pilih.

Aspek yang sering diabaikan ialah kita tidak kenal latar calon.Wajib kita kena kenal calon yang hendak kita undi...


Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.


Seseorang juga wajib mencari maklumat mengenai calon sedalam-dalamnya. Ini bukan zaman batu. Selidiki sebelum membuat undian...jika kita gagal mengetahui siapakah yang berkualiti, dia sekurang-kurangnya hendaklah pastikan calon yang jika diundinya tidak memberi mudarat kepada masyarakat dan umat...jangan undi yang ada rekod buruk...dan terlebih JAWATAN pula...mencari nahas namanya..

Pesanan penulis ingin menasihat sendiri kepada para sahabat...Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri...jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan...begitulah sebaliknya...ika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya...

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita....



studi singkat ASWJ

STUDI SINGKAT TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Oleh : Fadhilatus Syaikh Muhammad Ibrahim al-Hamd



Definisi Sunnah.



Menurut bahasa “Sunnah” berati cara dan jalan hidup. Di dalam qasidah Mu’allaqat-nya yang terkenal, Lubaid bin Rabi’ah berkata,



مِنْ مَعْشَرٍ سَنَّتْ لَهُمْ آباؤُهُمْ # وَلِكُلِّ قَوْمٍ سُنَّةٌ وَ إِمَامُهَا


Dari komunitas yang dibuat leluhur mereka untuk mereka

Dan setiap kaum memiliki cara hidup dan pemimpinnya.[1]



Penyair lain berkata:



رَبِّ وَفِّقْنِيْ فَلاأََعْدِلُ عَنْ # سُنَنِ السَّاعِيْنَ فِي خَيْرِ سُنُنِ


Tuhan, berilah aku pertolongan

Agar aku tak menyimpang

Dari jalan hidup mereka yang berjalan

Di atas jalan hidup yang terbaik.[2]



Ibnu Manzhur berkata : “Kata Sunnah berarti jalan hidup yang baik maupun yang buruk. “



Khalid bin Utbah Al-Hudzali berkata,



فَلاتَجْزَعَنَّ مِنْ سِيْرَةٍ أَنْتَ سِرْتَهَا # فَاَوَّلُ رَاضٍ سُنَّةً مَنْ يَسِيْرُهَا


Jangan sekali-kali merasa gusar

terhadap jalan hidup yang kau lalui

Karena orang pertama yang merestui jalan hidup

adalah orang yang tengah melalauinya.[3]



Sedangkan menurut istilah para ulama aqidah, “Sunnah” adalah petunjuk Rasulullah r dan sahabat-sahabatnya, baik berupa ilmu (pengetahuan), i’tiqad (keyakinan), ucapan, maupun perbuatan. Dan itulah “Sunnah” yang wajib diikuti; penganutnya dipuji dan penentangnya dicela.”



Istilah Sunnah juga dipakai untuk menyebut sunnah-sunnah ibadah dan i’tiqad, di samping menjadi lawan dari istilah “bid’ah”.[4]



Oleh karena itu, jika dikatakan, “Si Fulan termasuk Ahli Sunnah,” maka itu berarti ia termasuk orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji.[5]





Definisi Jama’ah.



Menurut bahasa, “Jama’ah” diambil dari kata dasar jama’a (mengumpulkan) yang berkisar pada al-jam’u (kumpulan), al-ijma’ (kesepakatan), dan al-ijtima’ (perkumpulan) yang merupakan antonim (lawan kata) at-tafarruq (perpecahan).



Ibnu Faris berkata, “Jim, mim, dan ‘ain adalah satu dasar yang menunjukkan berkumpulnya sesuatu. Dikatakan, jama’tu asy-syai’a jam’an (aku mengumpulkan sesuatu).[6]



Menurut istilah para ulama aqidah, “Jama’ah” adalah generasi Salaf dari umat ini, meliputi para sahabat Nabi r, para tabi’in, dan semua orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari Kiamat. Mereka adalah orang-orang yang bersepakat untuk menerima kebenaran yang nyata dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.[7]



Mengapa Disebut Ahli Sunnah wal Jama’ah?



Ahli Sunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang menjalani sesuatu seperti yang dijalani oleh Nabi r dan sahabat-sahabatnya. Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh pada Sunnah Nabi r, yaitu para sahabat, para tabi’in, dan para imam petunjuk yang mengikuti jejak mereka. Mereka adalah orang-orang yang istiqomah dalam mengikuti Sunnah dan menjauhi bid’ah, di mana saja dan kapan saja. Mereka tetap ada dan mendapatkan pertolongan sampai hari Kiamat.[8]



Mengapa mereka disebut demikian? Karena mereka berafiliasi (menisbatkan diri) kepada Sunnah Nabi r dan bersepakat untuk menerimanya secara lahir-batin; dalam ucapan, perbuatan, maupun keyakinan.[9]





Nama Lain Ahli Sunnah wal Jama’ah.



Ahli Sunnah wal Jama’ah memiliki sejumlah nama lain.[10]



1. Ahli Sunnah wal Jama’ah.

2. Ahli Sunnah (tanpa Jama’ah).

3. Ahli Jama’ah.

4. Jama’ah.

5. Salafush Shalih.

6. Ahli Atsar (Sunnah yang diriwayatkan dari Nabi r).

7. Ahli Hadis. Karena mereka lah orang-orang yang mau mengambil Hadis Nabi r, baik secara riwayah (periwayatan) maupun dirayah (pemahaman), dan siap mengikuti petunjuk Nabi r, secara lahir-batin.

8. Firqah Najiyah (Golongan yang Selamat). Karena, mereka selamat dari keburukan, bid’ah, dan kesesatan di dunia, serta selamat dari api Neraka pada hari Kiamat. Hal itu disebabkan mereka mengikuti Sunnah Nabi r.

9. To’ifah Manshuroh (Golongan yang Mendapatkan Pertolongan). Yaitu, golongan yang mendapatkan bantuan dari Allah Ta’ala.

10. Ahli Ittiba’. Karena, mereka selalu mengikuti (ittiba’) Al-Qur’an, As-Sunnah, dan atsar generasi Salafush shalih.



Dialihbahasakan dari Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah : Mafhumuha Khashaishuha wa Khashaishu Ahliha karya Syaikh Muhammad Ibrahim al-Hamd dan ditaqdim oleh al-Allamah Ibnu Bazz rahimahullahu





HOME >>>

[1] Diwan Lubaid bin Rabi’ah, hal. 179

[2] Bait syair ini tidak diketahui penciptanya (anonim). Bait ini biasa dipakai oleh para ahli Nahwu sebagai syahid atas keharusan me-nasab-kan fi’il mudlari’ sesudah fa’ as-sababiyah yang didahului dengan tholab (permintaan) murni. Dan tholab yang ada di sini adalah doa. Lihat Syarh Alfiyah Ibnu Malik karya putra penyusunnya; Syarh At-Tashrih ‘Ala At-Taudlih karya Khalid Al-Azhari, 2/239

[3] Lisanul Arab, 13/225

[4] Mabahits fi Aqidah Ahli As-Sunnah, hal. 13

[5] Lisanul Arab, 13/226

[6] Mu’jam Maqayis Al-Lughah, 1/479, materi jama’a

[7] Lihat Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyah karya Syaikh DR. Muhammad Khalil Harras, hal.61, tahqiq: Alwi As-Saqqaf; dan Syarh Al-Aqidah Ath-Thohawiyah karya Ibnu Abil Iz Al-Hanafi, hal. 382

[8] Lihat Mabahits fi Aqidah Ahli Sunnah, hal. 13-14

[9] Lihat Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyah karya Syaikh DR. Shalih Al-Fauzan, hal. 10; dan Fathu Rabbi Al-Bariyyah bi Talkhish Al-Hamawiyah karya Syaikh Muhammad bin Utsaimin, hal. 10

[10] Lihat Syarh Al-Aqidah Ath-Thohawiyah, hal. 512; Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiyah karya Syaikh DR. Shalih Al-Fauzan, hal. 9-10; dan Mabahits fi Aqidah Ahli Sunnah, hal. 14-16
1

ciri-ciri Ahlu sunnah

kita akan mengenali 2 perkara penting tentang Ahli Sunnah wal Jamaah, iaitu :

1. Ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah
2. Ciri-ciri Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah

1. Ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah

a. Mereka adalah golongan pertengahan dan bersikap adil di antara ifrath (fanatik) dan tafrith (meremeh-temehkan), dan di antara ghuluw (berlebih-lebihan), dan jafaa' (merendah-rendahkan), baik dalam masalah aqidah, hukum atau perilaku.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu ". [al-Baqarah : 143]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ )

Maksudnya : " Berjaga-jagalah kamu semua dari sikap berlebih-lebihan dalam agama, sesungguhnya telah musnah golongan sebelum kamu yang berlebih-lebihan dalam agama ". [HR al-Nasai'e : no.3057]

b. Mereka teguh berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah, tunduk dan taat hanya kepada keduanya. Jika berlaku sebarang perselisihan, mereka akan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai hakim. Oleh itu, segala keputusan dari keduanya, mereka akan menerima dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keberatan.

- Firman Allah :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri antara kamu. Kemudian, jika kamu berselisih pemdapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Assunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih utama dan lebih baik akibatnya". [Al-Nisa' : 59].




- Firman Allah :

Maksudnya : " Dan tidaklah patut bagi lelaki-lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata ". [Al-Ahzab : 36]

- Firman Allah :

Maksudnya : " Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya ". [Al-Nisa' : 65]

c. Mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala sesuatu.

- Firman Allah :

Maksudnya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun ". [An-Nisa' : 36]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ )

Maksudnya : " Tidak beriman seseorang itu, selagimana dia tidak mencintaiku lebih dari (cintanya) kepada ibu bapanya, anaknya dan manusia semua ". [HR al-Bukhari : no.15, Muslim : no.70]

d. Mereka memuliakan salafussoleh, serta menjadikan salaf sebagai sumber untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah, juga manhaj (sistem) untuk dicontohi. Dan meyakini bahawa golongan salaf adalah lebih selamat, lebih berilmu dan lebih teguh.

- Firman Allah :
Maksudnya : “ Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar “. [Al-Taubah : 100]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
( خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ )
Maksudnya : “ Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya “. [HR al-Bukhari : no.2562, Muslim : no.2533]

e. Mereka meyakini bahawa agama telah sempurna. Oleh itu, mereka hanya Itiba' (mengikut) perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan ibtida' (bid'ah). Sama sekali tidak akan mendahulukan akal terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan akal tidak diberi ruang dalam persoalan agama umumnya dan aqidah khususnya.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Pada hari ini, telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agamamu". [Al-Maidah : 3].

- Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa :

( خَطَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ خَطًّا بِيَدِهِ، ثُمَّ قَالَ : ( هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ مُسْتَقِيمًا )، قَالَ : ثُمَّ خَطَّ عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ : ( هَذِهِ السُّبُلُ وَلَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ) ثُمَّ قَرَأَ :
Maksudnya : " Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melukis satu garisan dengan tangan Baginda, kemudian bersabda : ( Inilah jalan Allah yang lurus ), Berkata Ibnu Mas'ud : Kemudian Baginda melukis garisan di sebelah kanan dan kiri, kemudian bersabda : ( Inilah jalan-jalan, dan tiadalah walau satu jalanpun, melainkan padanya ada syaitan yang menyeru ke arahnya ). Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membaca ayat : " Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.” [Al-An’aam: 153] ". [HR Ahmad : no.4437]

- Firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". [Al-Hujurat : 1]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ )

Maksudnya : " Dan berwaspadalah kamu dari perkara-perkara yang baru, dan setiap yang baru itu bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat ". [HR Ahmad : no.17184]

f. Mereka percaya bahawa tiada manusia yang ma'sum selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Oleh itu, jika berlaku pertentangan antara hadith dan perkataan manusia, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan mana-mana perkataan manusia selain Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

- Firman Allah :
-

Maksudnya : " Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya, Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). " [An-Najm : 3-4]

g. Dakwah pemurnian aqidah adalah fokus utama mereka. Oleh itu, mereka tidak mementingkan penyatuan umat selagimana aqidah belum disatukan, kerana penyatuan yang wujud tanpa aqidah yang murni, pastikan musnah.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Kalau mereka syirik, akan terhapuslah segala amalan yang mereka lakukan ". [Al-An'am : 88]

Dari ayat di atas, al-Hafidz Ibn Kathir (w.774H) menyatakan : " Ayat ini menunjukkan tentang besarnya persoalan syirik dan beratnya hukuman orang yang syirik ".

- Firman Allah :

Maksudnya : " Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan benarlah Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik ". [An-Nur : 55]

h. Mereka memiliki akhlaq yang terpuji. Menjaga keikhlasan, lisan-lisan serta perbuatan. Contoh mereka dalam beraklaq adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik ". [An-Nahl : 125]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا )

Maksudnya : " Orang-orang mukmin yang palin sempurna imannya, adalah yang termulia akhlaq ". [HR at-Tirmidzi : no.1162]

i. Mereka adalah golongan yang membenci perpecahan dan cintakan al-Jamaah. Tetapi mereka rela bersendirian di atas jalan kebenaran yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru, mereka sentiasa dipandang ganjil dan asing oleh sebahagian manusia yang kononnya berjamaah, tetapi membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.

- Firman Allah :

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. [Ali-‘Imran : 105]

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :


( فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ )

Maksudnya : “ Sesungguhnya, orang yang hidup di antara kalian selepasku akan melihat banyak perselisihan yang timbul ; maka tetaplah kalian dengan sunnahku dan sunnah Khulafa al-Mahdiyyin al-Rashidiin, berpeganglah dengannya, dan gigitlah ia dengan geraham …“. [HR Abu Daud : 4607, al-Tirmidzi : no.2676]
- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

(وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ)

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya, agama ini (Islam), akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya di Neraka, dan satu di Syurga, iaitu al-Jamaah”. [HR Abu Daud : no.4597].

- Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

( بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ )

Maksudnya : " Bermula islam itu dengan asing, dan akan kembali asing seperti mulanya, maka khabar gembiralah bagi yang asing ". [HR Muslim : no.232]

- Berkata Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu :

( الجَمَاعَةُ مَا وَفَقَ الحَقَّ وَ إِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ )

Maksudnya : " al-Jamaah itu, adalah apa-apa yang bertepatan dengan kebenaran, walau kamu bersendirian ".

2. Ciri-ciri Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah

Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah memiliki berbagai keistimewaan dan ciri khas tersendiri. Di antara ciri terpentingnya ialah :

a. Keunikan sumbernya ; Ini kerana sumber Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah hanya bersandarkan al-Quran as-Sunnah dan ijma' salaf serta penjelasan dari mereka. Perkara ini tidak terdapat pada ahli bid'ah di mana mereka selalu bersandarkan kepada akal, kasyaf atau ilham dan lain-lain.

b. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah tetap utuh, teguh, terpelihara dan kekal hingga kiamat, tanpa sebarang perubahan.

c. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah satu-satunya jalan untuk bebas dari sebarang perpecahan. Bahkan ia dapat menyatukan barisan kaum muslimin secara umum dan para ulama serta da'i secara khusus. Jalan inilah merupakan jalan wahyu, serta pilihan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in. Oleh itu, sesiapa yang memilih selain dari jalan ini, mereka tidak akan berjaya.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berterusan dalam kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali ". [An-Nisa' : 115]

d. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah juga menyatukan sumber pengambilan aqidah manusia. Apabila sumber pengambilan disatukan, maka manusia tidak lagi berpecah. Dan sumber mereka adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka teguh berpegang dengan firman Allah supaya sentiasa bersatu :

Maksudnya : “ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai…”. [Ali-‘Imran : 103]

e. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah juga menghubungkan seorang muslim, secara langsung dengan Allah dan Rasul-Nya, mencintai dan mengagungkan keduanya, serta tidak mendahului sesuatupun dari Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana slogan aqidah salaf adalah " Ma qaalallaah wa qaala Rasuuluh, fa naquul sami'naa wa atho'naa " iaitu : Apa-apa yang difirmankan oleh Allah dan disebut oleh Rasul-Nya, maka kami berkata, kami telah dengar dan kami telah taat".

f. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah jelas, terang, tiada kesamaran dan amat mudah difahami. Keadaan orang yang meyakininya, pasti tenang, jiwanya tenteram, jauh dari keraguan dan was-was syaitan. Bahkan dia pasti berbangga serta gembira kerana berjalan di atas landasan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat Radhiyallahu 'anhum.

- Firman Allah :

Maksudnya : " Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa ". [Al-Baqarah : 2]

- Firman Allah :

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar ". [Al-Hujurat : 15].

g. Allah menjamin kehidupan yang mulia bagi sesiapa yang menetapi Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini kerana, Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa menjaga keimanan kepada Allah di mana lahir darinya perasaan bertanggungjawab atas segala kewajipan dan disusuli dengan perlaksanaan yang ikhlas kerana Allah serta menepati ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

- Firman Allah : Maksudnya : " Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk ". [Al-An'am : 82]

Sekilas pandang..jgn diPERSIA..

Apa kata anda…

Bertembung kelas pengajian dengan seminar yang disampaikan oleh Dr Siddiq Fadzil? Mana satu pilihan anda? Secara telus, saya tak nak dengar jawapan membodek.

Kedua: Mengapa anda mahukan orang lain ke program anda sedangkan anda sendiri kurang melubatkan diri dengan kegiatan yang bermanfaat seperti seminar dan wacana yang diadakan oleh persatuan lain? Anda berasa geram apabila ramai yang tidak menghadiri sukaneka yang tidaklah memberi kesan yang besar kepada mereka tetapi anda sendiri tidak melibatkan diri sebagai hanya pendengar seminar dan wacana anjuran mereka.

Ketiga: Anda mungkin geram dan berkecil hati apabila hanya sedikit mahu berusrah dengan anda walhal anda tidak perasa, kendalian usrah anda tidak bermutu. Jika pun bermutu, ia tidak mencambah dan bercambah.

Keempat: Anda berasa kesal dengan beberapa tindakan pimpinan yang dianggap kurang atau mungkin tidak matang tetapi anda tidak hadir dengan satu proposal yang baik untuk dikonseptualkan, atau terus diimplementasikan.natijahnya, lahirlah ahli yang pandai dan bijak mengkritik tetapi hampas daya minda.

Sukakah anda meneruskan yang lama tanpa berubah?
Sukakah anda jika pemikiran anda dikongkong dan dipaksa untuk menerima tanpa berFIKIR?
Atau, anda takut berubah kerana natijahnya tidak PASTI?

Saya hanya bersoal, bukan mempertikai..

LUAHAN HATI SEORANG MAHASISWA.....


Era perjuangan mahasiswa, semakin hari semakin menampakkan sinarnya setelah sekian lama kita bergerak dan berjuang. Namun, dalam kita bergerak kerja dan berjuang, begitu banyak ujian dan halangan terpaksa kita tempuhi.

Ini bukanlah sebagai satu alasan yang membuatkan kita terduduk merintih kesedihan dengan mengenang nasib kelemahan diri yang tiada langsung manfaat dan faedahnya. Kerana prinsip dan pegangan kita dalam perjuangan ialah bukan melihat kepada sejauh mana pengorbanan yang telah banyak kita lakukan, kerana mungkin ia akan menyebabkan kita berputus asa dan marah apabila ada di antara golongan sasaran yang tidak mengikut apa yang kita bawakan.




Sebaliknya apa yang perlu kita lakukan ialah dengan menghisab kelemahan diri dan bertekad di dalam hati sedalam-dalamnya untuk kita pecahkan tembok sempadan ini dan terus maju bergerak melangkah ke hadapan dengan gigih dan berani.


“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali Imran 139)”


Ingat sahabat-sahabat yang dikasihi, andai kata pada hari ini perjuangan ini diselitkan dengan emosi dan sangkaan buruk, maka sedarilah bahawa itulah sebenarnya racun yang paling berbisa untuk menghancurkan gerak kerja kita selama ini. Kerja ini tidak dibayar gaji mahupun elaun tambahan daripada mana-mana pihak, malahan kitalah yang mengkorbankan harta dan keringat kita sendiri demi melihat Islam itu bersinar kembali.

Jauh di lubuk sanubari kita, tersimpan satu hasrat dan tekad yang sama, itulah yang mengikat kekuatan ukhwah di antara kita. Biarlah susah payah itu kita rasai bersama, anggaplah kepahitan dan kepedihan itu sebagai satu hidangan yang manis untuk kita telan demi meneruskan perjalanan dakwah dan impian yang kita harapkan.


“Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah, lemah lembut kepada orang muslim, izzah (tegas) dihadapan orang kafir, berjuang di jalan Allah dan tidak gentar kepada golongan yang mencela dan mengadu domba” (Al-Maaidah:54)


Dalam kita berjuang dan bergerak, ada kalanya kita berasa bersalah kerana kita terpaksa berhadapan dengan mereka yang tidak memahami akan perjuangan dan pembawaan kita yang sebenar. Adakalanya kita dimalukan, difitnah, ditindas dan tomahan yang kita terima bertubi-tubi ibarat kita tidak lagi mampu untuk bergerak melangkah.

Hanya senyuman dan gurauan yang menjadi hiasan penghibur kepada kepedihan dan kesakitan daripada tekanan yang kita hadapi. Ingatlah sahabatku, saat engkau berduka cita, Allah mengetahuinya, saat engkau merintih menitiskan air mata, Allah membelaimu dengan kasih sayangNYA. Saat engkau ingin bergerak melangkah melawan kesakitan yang engkau rasai, Allah memandangmu dengan kasih sayangNYA.

Ayuh sahabatku, gengam erat tanganmu, kobarkan semangatmu, hancur leburkan segala kesakitan yang melanda, dunia sedang menangis menanti kehancuran. Mari kita tegakkan kebenaran! AllahuAkhbar!

-editor gmukmkl-

BENARKAH KAU SEORANG PEJUANG?? PECINTA AGAMA ALLAH??

Benarkah? Benarkah kau seorang pejuang Agama Allah? jika......

1) Kau tak sanggup berkorban? Tak sanggup terima ujian dan dugaan Allah dengan hati yang ikhlas dan redha?

2) Masa rehat dan tidur tak sanggup kau korbankan dan waktu yang ada tak sanggup kau luangkan...kesihatan kau dipersoalkan..

3) Kau pandai MENGKRITIK sahabat seperjuanganmu tapi tak pernah memberi KATA-KATA SEMANGAT malahan kata-kata pedas kau hemburkan!..hanya mahu kau saja yang BETUL..

4) DISPLIN DIRI kau abaikan...diri kau tidak tingkatkan...

5) Pandangan kau tak selaraskan..rasa BERTUHAN kau abaikan...IMAN dan TAQWA kau lupakan

6) Pengurusan masa amat teruk..rehat dan tidur yang kau lebihkan..

7) Akademik kau abaikan..tapi adakalanya akademik juga sebagai ALASAN kau tidak berjuang

Wahai pejuang...pecinta Agama Allah....AYUH! Bangkitlah kau daripada kesibukan dan kehidupan yang fana ini! Persiapkanlah dirimu BERJIHAD dan BERJUANG di jalanNYA!!

Memang indah tika kita bisa menutur kalimah perjuangan tanpa melalui likunya. Lihat saja janji Allah....

tiap putaran ligat fikiran,

tiap rembesan titisan air mata,

tiap langkah yang diatur,

tiap mata yang berjaga dan

tiap detik nafas dakwah yang berhembus pasti ada habuannya.

Cuma jangan pernah impikan habuan dunia ; sanjungan, nama, kepuasan hati, dan pujian.

Hanya dua pilihan si pejuang ; ISLAM MENANG atau KALAH SYAHID.." Mari kita pasakkan semangat juang dalam diri dan ludahkan kata-kata semangat juang pada sahabat seperjuangan, jangan sekali-kali kau mengkritik dia! jangan sekali-kali kau mengumpat dan mengatakan kelemahan atau keaiban sahabat seperjuanganmu!

Jagalah hati kita masing-masing, saat genting begini usah kau pentingkan diri sendiri, berpeluk tubuh dan persoalkan aula' AKADEMIK ataupun masa rehat kau seorang!!

Coretan ini hanyalah sebagai muhasabah diri untuk hamba yang bergelar pejuang dan pecinta Agama Allah....tiada maksud lain..wallahualam...

Wednesday, January 7, 2009

ISRAEL KEJAM!!!

Wahai Saudara Islam Ku!!


Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.





"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
Surah al fil:

Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Tuesday, January 6, 2009

bebaskan DIRImu...muharam menjadi TITIK mula...






Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.




Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.




Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu.




Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.




Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."


Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.




Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.




"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat.




Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.




"Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.




Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.




Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu.




Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.




Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.




1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.




2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.




3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.




4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.




5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.




6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.




7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s




8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.




9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.




10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya."Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Friday, January 2, 2009

1 PERKONGSIAN YANG HEBAT!

saya terbaca artikel ini di http://saifulislam.com/ dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai artikel ini yang membuka minda saya dan insyaAllah mengajak kita menginsafinya...alhamdulillah....

Palestin: Antara Ilusi Dan Realiti??

“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.

Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery.

Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut: “Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.
Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh.

Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!
Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin. Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”(Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi. Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu? Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi.

Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita. Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian!!

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?

Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti!!!

Monday, December 29, 2008

BERTEKAD DI TAHUN BARU


Yahudi di Israel menggila lagi. Di saat umat Islam sedunia hampir melupakan pembunuhan kejam yang berlaku di Kem Shabra dan Shatilla pada 1982, tentera Israel memulakan kembali operasi membunuh umat Islam di Gaza. Sehingga ke hari ini lebih 200 telah terkorban dan beratus lagi tercedera. Dan serangan serta pengeboman terus berlaku.

Bangunan-bangunan awam termasuklah universiti menjadi juga menjadi sasaran. Apakah universiti boleh menjadi sarang pengganas? Sebagaimana justifikasi penghasilan senjata biokimia dijadikan alasan menyerang negara Iraq, alasan yang membebalkan penduduk dunia sekali lagi digunakan untuk meneruskan keinginan rakus mereka menakhluki Semenanjung Gaza dan wilayah wilayah sekitar yang menjadi idaman mereka.

Apakah reaksi kita sebagai MAHASISWA dan juga masyarakat Islam sedunia dan apa yang boleh mereka lakukan di kala kesatuan umat Islam sendiri berada di tahap minima? Sudah pasti terhad. Kemarahan umat Islam mungkin sekadar boleh disalurkan melalui ‘democrazy’ ( meminjam kata Ketua Polis Negara ) sebagaimana kebiasaannya. Dan ini telah ditunjukkan oleh masyarakat Islam sedunia di merata tempat.contohnya akan mengadakan himpunannya di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada jam 11 pagi besok.

Selain itu usaha untuk memboikot produk Yahudi dan mereka yang bersekongkol di dalam menaja negara haram itu juga telah dibuat. Fatwa telah dikeluarkan. ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk Amerika Syarikat (dan Israel), Samalah Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine “-Sheikh Yusof al-Qardawi.

Sekiranya tiada kesungguhan dari pihak umat Islam sendiri, selagi itulah saudara seagama mereka dibunuh dan dizalimi dengan sekejamnya di bumi yang terletak di dalamnya kiblat terdahulu umat Islam. Tapi sekiranya kita memiliki tangan dan keberanian Muthadar Al Zaidi, pasti kasut juga akan hinggap di muka Yahudi, di mana sahaja mereka ditemui.


Namun kiranya MAHASISWA tiada kekuatan itu, izinkan kita bertekad dengan kehadiran tahun baru, untuk tidak menghalalkan semua jenis produk Amerika Syarikat dan Israel laknatullah masuk ke dalam perut dan rumah kita.

Hidupkan kembali usaha memboikot produk Amerika Syarikat dan
Israel demi saudara seIslammu!