Tuesday, January 13, 2009

MENTALITI yang menjadi REALITI...

''AKU TIDAK PEDULI''

sumber:http://naizsalam.blogspot.com


''BELAJAR sambil MENCABAR,Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin..Biarlah mahasiswa MENCABAR asalkan sambil itu mereka BELAJAR..''Prof.Ungku A.Aziz


Telinga MAHASISWA Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu..tidak lagi sehebat generasi dulu yang pantang di CABAR, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara Mahasiswa dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan...kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang..jadi siapakah yang perlu dipersalahkan?adakah tangan yang menulis?adakah mata-mata yang membaca dan adakan telinga yang mendengar?pihak manakah yang perlu dipersalahkan?ANDA ada JAWAPANNYA..


Dan kini mahasiswa di universiti kian diserang satu virus mentaliti yang menjadi realiti di saat ini..yang memelikkan virus ini seakan sabut di sungai,ada masanya ia timbul dan ada masanya ia tenggelam..di kala PILHANRAYA menjelma virus itu menyerang kembali...dan di saat ambang pilihan raya kian menjelma virus ini semakin menular di kalangan golongan yang bernama golongan mahasiswa itu sendiri...walaupun penyakit AKU TIDAK PEDULI ini tidak memberi kesan hebat dari segi biologinya..tetapi realiti dan psikologinya dan secara PRAKTIKALNYA telah membuktikan ianya satu penyakit yang MERBAHAYA...


Penyakit ini telah menyerang MAHASISWA dan menghasilkan mentaliti rumit yang timbul di dalam minda dan tindakan manusia akibat cetusan sifat negatif yang menguasai diri...jka Islam menganjurkan sikap saling bekerjasama, mengambil berat di antara satu sama lain, memelihara tanggungjawab sosial dan mempunyai semangat kekitaan, maka penyakit AKU TIDAK PEDULI ini adalah lawan kepada semua itu...


Pepatah Rom pernah menyebut ‘permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri’


Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya...manusia yang liat, lambat memberikan tindak balas dan pasif mengemukakan tindakan, adalah cabaran besar kepada memulakan sesuatu tugas...apatah lagi, jika yang diusahakan itu adalah PEMBAHARUAN..

Menerima sesuatu yang baru adalah dilema bagi manusia yang ditimpa penyakit virus ini...
Bagi pendapat penulis sendiri penyakit ini amat MERBAHAYA yang menolak bentuk manusia berfikir, dan menjurus manusia ke dalam keadaan yang bagaikan itu MAYAT HIDUP...dan akhirnya boleh ke arah mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan dan tidak memerlukan manusia berbakti...keadaan ini amatlah meRUGIkan..dan ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri.... Golongan ini boleh menjurus manusia ke arah menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, seakan mereka TIDUR di dalam jaga dan MATI semasa hidup..

Adalah sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan MAHASISWA ini terus tenggelam di dalam dunia mentaliti TIDAK PEDULI ..mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan, berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan...Tidak bergerak sebagai pembela masyarakat, tetapi mereka telah berubah menjadi BEBAN...alangkah ruginya golongan ini...

Sering penulis mencongak dan cuba membedah masalah golongan ini...dan soalan yang menjadi tanda tanya ialah:


Di mana silapnya?

Siapa yang harus dipersalahkan?

Apa yang perlu dilakukan?

Bagaimana mahu membenteras mentaliti jumud ini?

Dari kaca mata penulis sendiri..kemerosotan penghayatan Islam di kalangan siswazah itu sendiri MENJADI puncanya... setelah kita bersetuju bahawa seluruh ajaran Islam adalah bertentangan dengan penyakit AKU TIDAK PEDULI, maka kita perlu akur bahawa, kegagalan menghayati Islam adalah titik tolak kepada segala permasalahan...bukan ingin mengatakan golongan mentaliti ini kurang ilmunya dan kurang agamanya..tetapi ia adalah kurang dari KONTEKS PENGHAYATAN ITU sendiri...

Islam bukannya agama warisan tetapi ianya agama PILIHAN...yang mampu membentuk manusia yang bernama insan lemah itu ke arah kematangan...kita dapat lihat dengan mentaliti JUMUD ini akan lahirnya generasi keanak-anakan dan tidak matang di dalam menjana kehidupan.Apatah lagi dalam soal PERTIMBANGAN DAN PEMILIHAN..golongan ini hanya suka mengaut apa yang apa di hadapan mata dan jua yang paling merugikan ia tidak suka mengambil risiko sebagai salah satu cara untuk mematangkan diri...

mentaliti mungkin berpunca daripada kecenderung MAHASISWA yang tidak minat untuk mengikuti perkembangan semasa,kurang mengkaji dan meneliti masalah di dalam negara dan apatah lagi isu global yang berlaku dengan usaha sendiri dan berasa kekurangan pada diri yang tidak meng’up-to-date‘kan perkembangan isu semasa..ia boleh menjadi kemungkinan bukan?

Dan dari kacamata seorang mahasiswa itu sendiri..pengabaian aspek ini dalam kehidupan mahasiswa, boleh menghasilkan KULAT didalam golongan MAHASISWA dari sudut amnya..apabila MAHASISWA itu tidak mampu memahami isu semasa dengan baik, mereka dengan sendirinya tidak akan mencetuskan apa-apa sumbangan dan apatah lagi tindak balas yang positif...ia tidak membawa KEUNTUNGAN lansung...dan pastinya golongan ini akan menjadi golongan yang JUMUD..bayangkan pula kesannya terhadap masa depan negara.?

Keadaan HIDUP SELESA juga elemen yang PENTING dimana ia akan melahirkan generasi manusia global yang alpa, tidak pandai bersyukur dan kabur matlamat hidup. Lantas mahasiswa yang mempunyai mentaliti ini MENJADI sebahagian daripada golongan ini...

Kita khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan maslahah. ..lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok mahasiswa Muslim..takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:

“Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” (Surah Al-Hajj 22 : 11)



SIAPAKAH YANG SILAP?APA TANGGUNGJAWAB ANDA SELEPAS INI?RENUNG-RENUNGKANLAH ...DAN SELAMAT BERPILIHANRAYA dan UNDILAH CALON PILIHAN ANDA!!!

No comments:

Post a Comment